Dah malam2 nih terasa nak share satu cerita kenangan semasa di Pulau Sibu. Kenangan nih dah lama so kita harap sebagai kenangan peribadi kita. Jangan takut untuk kesana dan kalau ada kesempatan kita nak lagi bercuti di Pulau Sibu.
Memang best pegi Pulau Sibu, layanan memang 5 star...huhuhu. Kita ulangi lagi sekali baca entri nih anggaplah macam mimpi tido...hihihi.
Kita kesana masa tuh anak2 pun masih bersekolah. Pergi 2H 1M sudah memadai ketika itu...hihihi. Sampai di jeti Pulau Sibu kita di sambut oleh staf yang ala2 orang Hawaii, serta dihulurnya kami air kelapa sirap merah. Wow! Cukup teruja.
Selepas selesai checkin, terus kita sekeluarga di tempatkan di sebuah chalet yang betul2 paling puncak. Tiang chalet kediaman kami cukup tinggi dan air laut sesekali memukul sehingga bawah chalet. Memang cantik pemandangan chalet yang kami diami itu, tambah lagi chalet kami bersebelahan dengan kandang rusa. Anak2 kita paling teruja. Chalet kita duduk paling hujung dan sebelah kanan didiami oleh beberapa anak dara.
Memandangkan kami sampai hampir petang, lakukan solat asar di chalet tersebut. Selepas bersolat kita sempat berdiri di berada chalet untuk melihat beberapa pengunjung yang menuruni anak tangga untuk ke pantai termasuklah anak2 dara yang tinggal bersebelahan chalet kami.
Memandangkan anak-anak teruja nak kepantai kita bawalah anak2 bermain air sementara menunggu maghrib. Banyak kita dapat mengumpul cengkerang siput yang pelbagai rupa dan bentuk.
Sedang seronok2 bermain air di gigi pantai staf resort panggil hentikan aktiviti. Kenapa ya? Owhhh! Mereka takut kami terkena obor2 yang banyak di situ, memandangkan dah senja kami terus masuk ke chalet bersihkan badan terus bersolat maghrib. Memandangkan kettle tak berapa elok, kita minta petugas menukar pada kettle yang lain. Eh! Janganlah baca serious sangat. Rilek2...hihihi
Akhirnya kettle kita ditukar yang lain, sebelum petugas beredar dari chalet kami dia siap berpesan nanti kalau abang dan akak terasa yang pelik2 abaikan dan buat tak tahu. Zapppp! berderau darah kita mendengar kata2 mamat nih. Tak sampai 5 minit dia beredar tiba2 bau wangi yang menusuk hidung kita dan incik asben. Diam je sebab budak petugas dah pesankan...hihihi
Kita sekeluarga bersiap2 untuk dinner, pergi berjalan kaki sekeluarga sambil menikmati keindahan waktu malam di Pulau Sibu. Makanan jangan citelah, semuanya fresh sampai tak larat nak makan...hihihi. Kantung dah penuh...hahaha
Selepas bermain dengan beberapa aktiviti kita terus balik ke chalet memandangkan anak2 nak tido dan jam sudah pun menunjukkan pukul 11.30 mlm. Penghuni chalet depan dan sebelah masing2 belum balik, mereka masing2 berkaraoke yang terletak agak jauh juga dari chalet kami.
Sampai di chalet anak lelaki kita terus tido di dalam bilik, maka tinggallah kami bertiga diruang tamu. Incik asben kita ajak kita dan anak perempuan duduk di beranda hadapan chalet untuk menghirup udara segar malam di Pulau Sibu.
Nak jadikan cerita, tiba2 bau wangi muncul kembali dengan diikuti deruan angin, wal hal tiada angin pun sebelum itu. Kemudian kita bertiga nampak chalet bersebelah kami yang didiami oleh anak2 dara sebelah, tiba2 tingkap daun kayunya terbuka dan tertutup secara automatik dengan diikuti langsir terbang keluar. Kejadian berlaku sangat pantas didepan mata kami bertiga dengan suara dan cahaya televisyen seolah2 sedang ada orang menonton diikuti suara lelaki dan perempuan lebih dari 5 orang sedang ketawa.
Anak perempuan kita terus menjerit2 cakap nak balik, maksudnya nak keluar dari pulau. Mana ada feri tengah2 malam kalau nak keluar dari pulau. Memang keadaan jadi panik. Incik asben terus tarik kita dan anak masuk dalam chalet. Kami kunci pintu, takut apa2 akan berlaku. Kita terus menuju kebilik anak lelaki, Alhamdulilah dia sedang tido nyenyak. Angkat anak terus ke master room, mulut tak henti2 membaca ayat kursi.
Rusa yang ada di kandang sebelah chalet kami pun seolah2 nampak sesuatu, sentiasa berbunyi dan gelisah hingga pagi. Tiada apa yang boleh kami minta pertolongan hanya kepada Allah. Jam sudah menunjukkan pukul 1.00pg, berpeluh2 kami bertiga, sedangkan chalet yang kami diami besar, mempunya 3 bilik, ruang tamu dan ruang dapur serta mempunyai kelengkapan hawa dingin.
Entah kali keberapa alat penghawa dingin kami on-off dan bila buat panggilan ke operator untuk meminta bantuan tiada yang jawab. Akhirnya kami berempat tido di atas satu katil yang sama sementara menunggu subuh demi keselamatan bersama. Untuk keluar dari chalet ke lobby meminta bantuan memang tak mungkin bagi kami. Takut!
Akhirnya dalam keadaan berpeluh2 pun boleh terlena juga akhirnya. Jam 4.5o pagi kita terjaga sebab incik asben hendak ketengah laut menaiki bot. Selepas menunaikan solat subuh incik asben pun keluar untuk ke tengah laut, maka tinggal kami bertiga.
Seperti yang dijanjikan jam 7.30pagi kita bertiga dan incik asben akan berjumpa di ruang lobby. Jam 7.00pg kita dan anak2 bersiap untuk ke lobby dan sambil2 tuh bolehlah melihat keindahan Pulau Sibu diwaktu pagi. Wow! Memang cantik kejadiaan alam yang Allah ciptakan.
Kita bawa keropok baby 2 bungkus untuk anak2. Nak jadikan cerita aneh, semasa anak2 memakai kasut sport bertali di beranda kita suruh letak keropok masing2 disebelah mereka supaya mudah mengikat tali kasut. Sementara mereka menunggu anak2 memakai kasut kita berdiri melihat pantai, tiba2 anak2 kita menuduh sesama mereka mengatakan menyembunyikan keropok masing.
Uitss! Kita yang tak sedap hati terus cakap kat anak2 tak apa bukan rezeki kakak dan adik...hihihi. Tak cakap apa2 pun kat mereka, walaupun hati ini berdebar2 sebenarnya. Dalam perjalan ke lobby anak perempuan kita tak abis2 bertanya, bila ya ibu kita nak balik rumah kita...huhuhu. Kita tahu dia tatut...hihihi
Cepat2 kita menuju ruang lobby untuk berjumpa incik asben. Sampai lobby incik asben dah menunggu, dia dah ceritakan kejadian malam kepada staf yang bertugas di kaunter. Staf yang bertugas di kaunter secara kebetulan pun belum balik. Dia mengatakan telefon kaunter langsung tak berbunyi. Uitsss! Peliknya.
Staf yang bertugas di kaunter terus terang menceritakan chalet yang kami diami. Sebelum kita sekeluarga terkena, mat Salih dari Jerman siap lari keluar ditengah2 malam sehelai sepinggang bersama anak yang memakai pampers dan isteri ke lobby kerana ada gangguan. Perghh! Kalau awal2 lagi tahu, sumpah kita tak nak duduk chalet tuh ko Jah....hahaha.
Masa tengah breakfast pun terjumpalah anak dara yang sebelah chalet kita bertanyakan, suami akak datang sini bawa jubah ke? Kita tergamam sambil bertanya bila? Dia terus jawab semalam petang masa kami nak turun pantai, kami nampak abang pakai jubah, manalah tahu nak solat asar. Owh! Tidak, suamiku ketika itu memakai tshirt merah. Ishh! Kenapalah banyak yang pelik2 berlaku sewaktu bercuti disini sampai kita jadi blur...hihihi
Totally bercuti di Pualu Sibu ini memang best dan tempatnya memang 5 star, anggaplah cerita seram itu sebagai mimpi untuk kita bukan pembaca blog ini. Anyway pergilah ke Pulau Sibu, mintaklah chalet bahagian hadapan yang hampir dengan swimming pool tuh.
Insyallah kalau ada rezekinya kita nak ke Pulau Sibu lagi. Memang best rindu melihat airnya yang jernih dan ikan2 yang begitu jinak!